Tuesday 20 September 2011

~~ Yang Di cari n YanG MencarI~~~

“Orang yang senang dapat selalunya susah menjaga pasangannya manakala orang yang sentiasa mencari biarpun tidak dapat pada mulanya, bila sudah dapat, dia akan jaga sepenuh hati”
Terkenang diri ini tatkala mendengar kata-kata ustazah aku masa kat surau dulu. Ada program khas untuk para muslimah kan,    Yang lelaki di ruangan perempuan masa tu ( lelaki pun gatal2x telinga nak dengar )dan yang wanita berada di ruangan lelaki. Yang bagi ceramah pun ustazah, sebab itulah lelaki kena suruh masuk ruangan wanita dan begitu juga sebaliknya. Bila fikir-fikir balik, betul juga apa yang ustazah tu cakap. Mungkin bukan semua, tapi kebiasaannya begitu. Anda faham ka maksudnya? Kalau tidak, mari kita rungkai satu persatu.


~~~~Apa ada yang dicari? Maksud yang dicari di sini mereka yang senang-senang nak dapat. Macam cerita P.Ramlee, sekali petik, sepuluh yang datang tau. Mungkin sebab wajah mereka, atau peribadi mereka menyebabkan mereka cuba didekati. Oh well, kalau dah namanya senang dapat, opkoz ayat macam mana pun, yang minat memang cair punya. Oleh kerana senang dapat, maka wujud keselesaan di situ. Dan keselesaan itulah yang membunuh mereka, menyebabkan mereka mengabaikan pasangan mereka, yang akhirnya mereka sendiri rimas dengan pasangan mereka itu. Dan disinilah timbul isu jemu.
~~~Kalau tak timbul isu jemu, tidak akan berbuah perasaan cinta terhadap orang lain, tidak mungkin hubungan menjadi dingin, dan semestinya, akan ada setiap yang baru bagi pasangan ini. Sayangkan, jika pasangan itu tidak dihargai kesungguhannya kerana sudah jemu dengan dirinya. Bila dah jemu, macam-macam alasan yang keluar untuk mengelak dari pasangan tersebut.
~~~~Tapi bagaimana yang mencari? Dia cuba dan cuba dan cuba, susah betul nak dapat. Tapi sekali dia dapat, pergh, siap, segala-galanya untuk pasangannya. Apa-apa pun, pasangannya diutamakan. Dia menjaga sepenuh hati. Sebab dia dah dapat, dan tidak akan timbul istilah jemu, kerana bagi dia susah untuk ketemu yang lain. Ini yang bahaya, menimbulkan rasa rimas pula pada pasangannya kalau tidak dikawal. Naik kepala pula pasangannya bila sudah terasa dilebih-lebihkan.
~~~~Kerana apa dia terlebih-lebih? Kerana dalam mindanya sudah set, kau yang satu.( mcam lah lpas nie tak de yg minat ) Dan salah satu sebab juga, mungkin jenis yg lurus mcam pembaris. Macam orang yang susah bila jadi kaya terus macam-macam dibeli. Sebab belum pernah rasa macam begitu kan. Bila sudah rasa, betapa indahnya dunia, yang penting dia akan menjaga sepenuh hati, tidak mahu dilepaskan, dan perasaan itu boleh menimbulkan cemburu buta!
~~~~~Jadi, kalau dicari dan mencari pun susah, mahu buat macam mana lagi? Hakikatnya, semua mencari, tiada istilah dicari. Yang isu timbul ni yang senang dapat sahaja, hehe. Sebab itulah kita dianjurkan tidak melebih-lebih, tidak pula berkurang-kurang. Yakni secukupnya. Dianjurkan mencari mengikut yang telah dituntut akal pemikiran, rasa cinta keranaNya, bukan tuntutan nafsu semata-mata, kerana jika ikut nafsu, tidak hairan jika menjadi jemu... klau dah jemu  alamat nya selamat tinggal lah...
     *** so carilah yang terbaik.. jgan nak menggatal dulu,apa2x pun semua dari hati,,,

~~~satu permulaan~~

~~~~hari nie berjaya 1 tapak ke depan.. sungguh gembira wlaupun tidak lah banyak mana pun.. hahahah,, tpi masih tersenyum sendiri,, banyak yg perlu belajar, banyak yg perlu terokai,, masih dalam merangkak untuk membuat blog sendiri, ( blog nie pun kawan yg tolong buat kan.. maklum lah tuan blog nie buta  i.t. ), tpi lpas nie kena lah berusaha sendiri supaya blih cantik n nantap..
~~~~ saje suka2x, agak tangan terlbih pover boleh lah tulis ape yg patut kat sini.., terima kasih utk shah yg tlah menghidup kan blog nie, utk batu nisan 1st kawan yg add blog nie,, utk yg lain sila2x kan lah yeee..

Monday 12 September 2011

CINta tAK seMESTINYA mEmiliKI....

Bila kita jatuh cinta pada seseorang ,,, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tidak diterima..
  cinta itu tidak pernah ditolak kerana>>> setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai dan mencintai...
  wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan menharap harap akan sesuatu sebab..apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga..
  kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagian kerana menerima ..
tapi... lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai.. keinginan itu lah yang memberikan pahit pahit yang boleh menghiris dada..
  jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu yang belum pasti kehadiran nya...
jangan sia kan cinta dengan beban yang berat menharap mampu di pikul oleh bahu..
  keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian....

>> tapi
percayalah pada diri
selalunya cinta yang kita berikan seadanya..
takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
~~~~ walaupun hanya untuk cinta satu jam~~~